DHijrah Risk Consultancy
“Lebih 20 tahun membina kepercayaan, melindungi masa depan”.
DHijrah Risk Consultancy merupakan agensi korporat yang menyediakan solusi Takaful Keluarga dan Takaful Am secara menyeluruh untuk individu, keluarga dan organisasi korporat. Berpengalaman lebih 20 tahun serta mendapat kepercayaan daripada ribuan pelanggan. Kami bekerjasama dengan penyedia takaful terkemuka termasuk Etiqa Takaful, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB), Takaful Ikhlas dan Zurich Takaful dalam penyediaan servis takaful terbaik.
Kami komited memberikan nasihat profesional, penyelesaian yang bersesuaian serta perkhidmatan yang cepat, mudah dan dipercayai. Perlindungan bukan sekadar polisi, tetapi tentang ketenangan, keyakinan dan masa depan yang lebih terjamin.
Berpengalaman, Berintegriti, Dipercayai
Visi, Misi dan Nilai Teras
Visi
Menjadi agensi takaful pilihan dan dipercayai dalam menyediakan penyelesaian perlindungan kewangan yang profesional, kompeten dan berteraskan Syariah
Misi
Menyediakan solusi perlindungan takaful
yang komprehensif dan berkualiti tinggi, berteraskan
keperluan pelanggan.
Memberi perkhidmatan selepas jualan
secara konsisten dan
profesional demi memperkukuh kepercayaan, kepuasan serta
hubungan pelanggan yang berkekalan.
Nilai Teras
D – DILIGENCE (Ketekunan): Tekun, berdisiplin dan konsisten dalam servis
H – HONESTY (Kejujuran): Kejujuran, ketelusan dan integriti dalam setiap urusan.
R – RESPECT (Hormat): Layanan profesional dan berhemah.
C – COMMITMENT (Komitmen): Komited memberikan perkhidmatan terbaik secara berterusan.
Gabungan Kepakaran dan Inovasi
Nikmati keyakinan bekerjasama dengan pasukan profesional yang berpengalaman, berdedikasi dan dipercayai.
Pencapaian kami
